
Kukuhkan jalinan komuniti setempat
Kerjasama yang terjalin itu adalah usaha menyatukan komuniti setempat supaya dapat melahirkan masyarakat pentingkan kepada perpaduan.NORFARAHAH OTHMAN

LENTANG - Jalinan hubungan baik antara komuniti setempat dalam menjalankan program kemasyarakatan adalah usaha murni yang harus diteruskan sampai bila-bila.
Penolong Pegawai Hutan Daerah Bentong, Samsudin Sueet berkata, kerjasama yang terjalin itu adalah usaha menyatukan komuniti setempat supaya dapat melahirkan masyarakat pentingkan kepada perpaduan.
Katanya, apabila perpaduan tercapai, segala usaha kemajuan dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan menjadi mudah hingga mencapai ke sasaran sebenar.
"Saya yakin menerusi sambutan Maulidur Rasul boleh meningkatkan semangat kerjasama semua pihak, sekali gus melahirkan semangat perpaduan tanpa mengira pangkat dan kedudukan dalam masyarakat.
"Malahan sambutan ini dapat meningkatkan kita kepada menghayati zaman kegemilangan Islam membabitkan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. dan sahabat rasulullah,"katanya ketika ditemui selepas perarakan Maulidur Rasul di sini, semalam.
Sambutan itu adalah anjuran Pejabat Perhutanan Lentang dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Lentang.
Sementara itu, Guru Besar SK Lentang, Zainab Hashim berkata, pelbagai pengisian diadakan sepanjang minggu ini sebelum acara kemuncak semalam.
"Setiap kali sambutan ini diadakan, kami membuat sedikit kelainan. Jika tahun lepas, diadakan pertandingan sepanduk, tetapi pada hari ini (semalam) diadakan ceramah dan berarak beramai-ramai membabitkan guru, murid dan kakitangan Pejabat Perhutanan Lentang.
"Ternyata sambutan ini disambut diterima bukan sahaja dalam kalangan murid malah ibu bapa turut menjayakan sambutan ini," katanya.
Zainab berkata, pendedahan melalui program itu dapat meningkatkan kesedaran terutama dalam menghayati sejarah Islam dan membentuk keperibadian yang baik.
SINAR HARIAN : sinar@bentong
Sabtu, 29 Mac 2008.
P16
Norfarahah Othman - Unit Bentong
019 988 2202/019 988 6226









3 comments:
rajinnya
oh ni sekolah fini eh.. ni dari laman web ker apa ni.. sinar harian..
Sinar Harian tu...dr akhbar. Sinar Harian ni..lain2 utk tiga2 negeri..Pahang, Kelantan & Terengganu. Kira mcm berita tempatan la. Erm, yg entry ni...Fini taip semula..nk scan keratan akhbar, terlupa pula..dh lekat dlm buku RPH.
Post a Comment